Wednesday, December 21, 2016

SIJIL HALAL


APA ITU SIJIL HALAL?




SIJIL HALAL MERUPAKAN SATU SIJIL YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERWAJIB SEBAGAI BUKTI BAHAWA PRODUK YANG DIHASILKAN SAMA ADA PRODUK MAKANAN, KOSMETIK, PERUBATAN DAN SEBAGAINYA YANG MEMATUHI PROSES YANG DI 'SAHKAN HALAL DARI HUKUM SYARAK'. PENGGUNAAN SIJIL HALAL INI DIPERLUKAN UNTUK JAMINAN MAKANAN HALAL YANG DIHASILKAN DALAM NEGERI UNTUK PASARAN DOMESTIK DAN PASARAN EKSPOT. LOGO HALAL AKAN DILETAKKAN PADA PEMBUNGKUS ATAU LABEL BAGI PRODUK YANG TELAH DILULUSKAN PEMOHONNYA.


BAGAIMANA UNTUK MEMOHON SIJIL HALAL DI MALAYSIA


PEMOHON PERLU MENGISI BORANG YANG BERSESUIAN:
  • Produk / Barangan Gunaan
  • Premis Makanan
  • Rumah Sembelih
PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON SIJIL PENGESAHAN HALAL DIKATEGORIKAN SEPERTI BERIKUT:
  • pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
  • pengedar/penjual (distributor/ trader);
  • pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
  • pembungkusan semula (repacking);
  • premis makanan (food premise); dan
  • rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
CARA UNTUK MENDAFTAR:
1) Layari laman web halal.gov.my
2) Klik pada login
3) Klik pada kategori permohonan
4) Jika sudah / pernah mendaftar masukkan ID Pengguna dan kata laluan
5) Jika belum / pertama kali, klick pada daftar disini
7) Akaun anda akan disahkan dalam tempoh 24 jam
Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:

  • Profil syarikat;
  • Pendaftaran syarikat/perniagaan;
  • Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;
  • Bahan ramuan yang digunakan;
  • Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;
  • Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);
  • Jenis bahan pembungkusan;
  • Proses dan prosedur pengeluaran;
  • Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada); dan
  • Peta lokasi premis / kilang.

No comments:

Post a Comment